InterviewSolution
| 1. |
Bagaimanakah anda menjadi seorang yang proaktif dan tekun dalam usaha mencari rezeki |
|
Answer» Explanation: Untuk mencapai kekayaan sememangnya mempunyai pelbagai cara untuk digunakan. Malah ia terpulang kepada diri kita sendiri samada ingin mencari rezeki melalui cara yang haram ataupun halal. Berikut adalah antara tips untuk mencari rezeki yang halal untuk mencapai kekayaan. Pertama,kita perlu berusaha dan bekerja dengan istiqamah. Bagi mencari rezeki yang halal, kita perlu berusaha gigih dan tekun yang luar biasa.Usaha kita mencari kegemilangan mesti sentiasa berterusan dan tidak hanya sekerat jalan. Tekad dan usaha sebeginilah yang kita namakan istiqamah. Perkataan istiqamah dirujuk daripada perkataan ARAB yang bermaksud berterusan dan berkekalan. Ada juga yang menyebutnya istimrar yang bermaksud SEBAGAI istiqamah. Umpamanya, sesuatu amalan ITU dianggap sebagai istiqamah jika dilakukan dengan cara berpanjangan, tekun, ikhlas dan sabar. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan bahawa amalan yang dianggap sebagai amalan terpuji ialah amalan yang dilakukan secara istiqamah. Ini kerana istiqamah adalah wasilah yang akan membawa kita kepada kejayaan DI DUNIA dan akhirat.. |
|